Close

Instagram mula meletakkan fungsi story dan pelekat ‘Stay Home’

Demi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan oleh kerajaan, Instagram turut meletakkan fungsi story ‘Stay Home’ yang boleh dilihat di halaman utama aplikasi Instagram dan akan menjadi story pertama sebelum rakan yang anda ikuti.

Untuk kemas kini story anda termasuk dalam story Stay Home, anda perlu meletakkan pelekat Duduk Rumah yang juga boleh ditukar menjadi bentuk sahaja di bahagian senarai pelekat yang disediakan oleh Instagram.

Selain itu, Instagram juga turut memberi akses kepada maklumat yang tepat jika anda menggunakan kata kunci coronavirus dan yang berkaitan di ruangan carian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN