Close

iPhone 12 Pro mungkin akan dilengkapi dengan paparan 120Hz, kamera 64MP dan bateri 4400mAh

Siri iPhone 12 dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September ini dengan beberapa pilihan varian. Kini terdapat ura-ura yang berpendapat bahawa Apple akan menaiktaraf fungsi kamera pada siri kali ini.

Menurut laporan, Apple mungkin akan menggunakan sensor 64MP untuk kamera utama dan menaiktaraf fungsi mod malam pada kamera. Selain itu, Apple juga mungkin akan menambah satu lagi sensor iaitu ToF (Time of Flight) menjadikannya 4 kamera secara keseluruhan.

Pada bahagian lain, iPhone 12 Pro Max dilaporkan akan menggunakan bateri sebesar 4400mAh yang akan menjadi iPhone pertama dibekalkan dengan bateri melebihi 4000mAh.

Bahkan ada ura-ura yang berpendapat, Apple akan menggunakan paparan segar semula 120Hz pada siri iPhone 12 kali ini. Namun, ia mungkin pada model Pro sahaja. Bukan pada model biasa seperti iPhone 11.

Setakat ini masih terlalu awal untuk menilai ketepatan ura-ura ini. Apa pun kita apa lagi ura-ura yang akan keluar mengenai siri iPhone 12 tahun ini. Harap ia tidak mengecewakan pengguna iPhone khususnya.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN