Close

Kalau dapat email macam ni, tolong jangan masukkan Apple ID dan Password anda

Zaman sekarang ini pelbagai cara yang dilakukan untuk menipu (scam) dan mendapatkan keuntungan menerusi dalam talian (online) dengan cara yang sangat mudah.

Salah satu teknik penipuan yang sudah lama digunakan dan masih lagi digunakan adalah pishing melalui email. Berikut adalah modus operandi mereka :

  • Hantar email seakan ia adalah daripada pihak Apple
  • Beritahu bahawa Apple ID anda lock dan sebagainya
  • Akan ada pautan untuk anda masukkan Apple ID dan Password
  • Jika anda masukkan, iPhone anda berisiko besar untuk kena lock
Ingat, Apple tidak akan meminta Apple ID dan Password anda melalui email. Hanya melalui laman web rasmi mereka sahaja untuk sebarang urusan lupa password atau sebagainya.
Contoh email dari penipu

Teknik sebegini biasanya dilakukan untuk gertak pemilik iPhone yang menjadi mangsa untuk membuat pembayaran kepada penipu tersebut jika mahu iPhone mangsa unlock kembali.
Apa pun, jika anda dapat email sebegini, jangan layan. Jika anda ikut seperti apa yang disuruh, anda mungkin akan menjadi mangsa mereka. iPhone yang mahal tu kalau telah disekat, ia mungkin akan jadi satu penyesalan untuk anda di kemudian hari.
Berikut adalah pautan rasmi Apple sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan produk Apple anda :

ARTIKEL BERKAITAN