Close

Kemas kini iOS 13.4 akan menyelesaikan permasalahan ‘hotspot’ yang dihadapi oleh pengguna iPhone dan iPad

Beberapa pengguna iPhone dan iPad yang telah kemas kini perisian iOS 13 dan iPadOS telah melaporkan permasalahan pada fungsi ‘hotspot’ yang dikatakan tidak tersedia, kerap terputus sambungan dan sebagainya.

Apple juga telah memberi maklum balas mereka terhadap isu ini dan menyatakan bahawa permasalahan ini berpunca dari perisian (iOS dan iPadOS) itu sendiri, bukan dari perkakasan (hardware).

Oleh yang demikian, jika anda menghadapi sebarang isu pada fungsi hotspot, anda disarankan untuk nantikan kemas kini iOS 13.4 yang tersedia untuk dimuat turun pada 25 Mac ini bagi menyelesaikan permasalahan hotspot yang sedang dihadapi oleh pengguna iPhone dan iPad.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN