Close

Keuntungan pembekal Apple, Foxconn jatuh 24% pada suku tahun keempat 2019

Pembekal barangan Apple iaitu Foxconn yang banyak mengilangkan barangan elektronik telah dilaporkan penurunan keuntungan sebanyak 23.7% pada suku tahun keempat (Q4) 2019 yang dipercayai terkesan akibat wabak COVID-19.

Penurunan ini juga adalah penurunan bulanan paling terbesar dalam tempoh 7 tahun.

Apple adalah pelanggan terbesar mereka, membatalkan prospek untuk suku tahun pertama 2020 dan berkata pengeluaran di China ambil masa lebih lama dari jangkaan.

Foxconn juga turut memberi amaran penurunan pendapatan syarikat itu mungkin akan jatuh sehingga 15% dalam perniagaan, termasuk pengguna elektronik dalam suku tahun pertama 2020. Tambahnya, pendapatan akan pulih sekiranya situasi semakin baik di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN