Close

Muat turun wallpaper yang diinspirasikan dari WWDC 2020 untuk iPhone, iPad dan Mac

Apple baru-baru ini telah mengumumkan acara WWDC (Worldwide Developer Conference) pada tahun ini akan diadakan secara dalam talian disebabkan wabak COVID-19 yang di tahap yang membimbangkan.

WWDC akan perlihatkan iOS, macOS, watchOS, tvOS dan iPadOS terbaru pada umum. Dalam pengumuman itu, Apple telah perlihatkan pelekat yang tertulis ‘hello’, logo Apple dan pelekat ‘WWDC 2020’ dalam satu gambar.

Dalam masa yang sama, satu laman perkongsian teknologi iaitu Matt BirchTree telah kongsikan wallpaper yang diinspirasikan daripada WWDC 2020 khas buat iPhone, iPad, dan Mac. Bahkan, koleksi untuk paparan ultra lebar juga turut tersedia.

Untuk muat turun, boleh ke pautan ini

ARTIKEL BERKAITAN