Close

Pembeli Samsung Galaxy S20 dah mula beratur sehari awal di Mid Valley

Samsung baru-baru ini menawarkan pembelian siri Samsung Galaxy S20 percuma TV Pintar 4K yang bernilai RM2,599. Sememangnya ia adalah satu pembelian yang sangat berbaloi. Namun, ia hanya terhad untuk 220 unit sahaja untuk pembelian di Mid Valley.

Pada jam 9.00 malam, dapat lihat ramai yang dah mula beratur di Mid Valley untuk pembelian siri Samsung Galaxy S20 dengan mengharapkan dapat percuma TV Pintar 4K bernilai RM2,599. Selain Mid Valley, terdapat beberapa negeri lain juga yang menawarkan TV Pintar 4K percuma.

Maklumat lanjut di pautan ini.

Selain itu, Samsung juga turut menawarkan pemotongan harga sebanyak RM400 jika anda trade-in apa-apa kamera lama anda untuk pembelian Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra. Sebagai rujukan, berikut adalah harga jualan di Malaysia :

  • S20 RM3,599
  • S20+ RM3,999
  • S20 Ultra 5G RM4,999

ARTIKEL BERKAITAN