Close

Perutusan Khas (27 Mac) – Bantuan kewangan dan penambahan dana

Dalam perutusan khas yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri hari ini, terdapat beberapa perkara penting yang patut diketahui oleh umum. Antaranya :

  1. Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang bergaji kurang RM4,000 sebulan. Akan dibayar bermula April 2020 sebanyak RM1,000 dan Mei RM600.
  2. Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 sehingga RM8,000 yang akan dibayar pada April 2020 sebanyak RM500 dan Mei RM500.
  3. Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Bayaran bermula April 2020 RM500 dan Mei RM300.
  4. Bantuan RM500 kepada 40,000 individu bujang berusia 21 ke atas yang berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran bermula April 2020 RM300 dan Mei RM200.
Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan bernilai RM200 yang akan diterima pada bulan Mei 2020 secara ‘one-off’ dengan peruntukan sebanyak RM270 juta buat matrikulasi, IPTA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik.
Bantuan Sara Hidup (BSH) juga sedang dilaksanakan dan akan dibayar bermula bulan Julai 2020 dengan peruntukan sebanyak RM3.2 Billion.  Golongan OKU, orang asal dan gelandangan juga tidak terkecuali dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
Tambahan lagi, buat golongan B40 yang dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke hospital, anda boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan bernilai RM50 sehari dalam tempoh maksimum 14 hari.

ARTIKEL BERKAITAN