Close

Pesakit COVID-19 di Malaysia akan cuba dirawat menggunakan ubat Remdesivir – Penyelidikan bersama WHO dan KKM

Datuk Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan baru-baru ini telah menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memilih Malaysia sebagai pusat penyelidikan untuk rawatan wabak COVID-19.

Menurut beliau terdapat ubat terbaru yang digelar sebagai Remdesivir untuk digunakan pada pesakit COVID-19 yang akan menumpukan pada Hospital Sungai Buloh dan Hospital yang dipercayai mempunyai kes COVID-19.

KKM mungkin akan membuat ruang khas untuk mereka mengumpul data dan memberikan rawatan pada pesakit mereka menggunakan ubat Remdesivir.

Noor Hisham juga turut menambah pemilihan negara Malaysia oleh WHO kerana Malaysia mempunyai sistem kesihatan dan penyelidikan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN