Close

Plaza Low Yat akan ditutup ekoran ‘perintah kawalan pergerakan’ sehingga 31 Mac ini

YAB Perdana Menteri pada 16 Mac lalu telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan buat rakyat Malaysia yang berkuatkuasa bermula 18 sehingga 31 Mac ini. Banyak sektor swasta dan kerajaan yang terkesan dan akan menutup operasi mereka.

Pusat membeli belah teknologi terkenal di Malaysia, Plaza Low Yat hari ini juga tidak terkecuali telah memberi maklum balas penutupan operasi dari 18 sehingga 30 Mac ekoran perintah kawalan pergerakan.

Setakat ini, banyak kedai swasta yang akan terkesan dengan penutupan kedai dan operasi mereka. Apa pun, sentiasa jaga kesihatan anda dan elakkan ke kawasan yang berisiko atau ramai orang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN