Close

Project Sandcastle membolehkan anda gunakan Android OS di iPhone

Pada sedekad lalu, David Wang pengasas kepada Corellium berjaya menggodam iPhone yang menjalankan sistem operasi Android. Namun pada Ogos tahun lalu, Corellium disaman kerana melanggar hak cipta iOS untuk mengaut keuntungan.

Kini, David Wang dan rakan beliau sekali lagi melakukannya dengan ‘Project Sandcastle’. Buat masa ini projek ini adalah versi beta dan hanya berfungsi buat iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sahaja.

Untuk versi beta ini, banyak fungsi yang tidak berfungsi dengan baik seperti kamera, GPU, dan pelbagai lagi (boleh rujuk gambar di atas). Maklumat lanjut, di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN