realme 6 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac ini secara dalam talian - FUZZ.MY

Friday, March 20, 2020

realme 6 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac ini secara dalam talian


realme Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran realme 6 terbaharu mereka yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan dengan tawaran spesifikasi yang menarik.

realme 6 dan 6 Pro, kedua-duanya dilengkapi dengan paparan segar semula 90Hz kapasiti bateri 4300mAh yang sama dan pengecasan pantas 30W. realme 6 dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T, manakala 6 Pro dengan Snapdragon 720G.


Perbezaan antara kedua-dua peranti ini adalah dari segi rekaan, paparan, saiz, kamera dan tawaran harga. Kita nantikan pendedahan harga jualan rasmi di Malaysia pada 22 Mac ini pada jam 8.30PM oleh realme Malaysia. Spesifikasi di pautan ini.

Namun menurut realme, model 6 Pro ditunda pelancarannya. Bermakna, hanya realme 6 sahaja yang akan diperkenalkan pada 22 Mac ini.