Pada bahagian spesifikasi, realme 6 menggunakan skrin LCD bersaiz 6.5-inci dengan paparan 90Hz, bateri 4300mAh, pengecasan pantas 30W, empat kamera 64MP + 12MP + 2MP + 2MP dan swafoto 16MP.
realme Malaysia menawarkan realme 6 dengan harga RM799 hanya pada 27 Mac ini dari jam 12.00 pagi sehingga 2.00 pagi secara ekslusif di Lazada. Selepas itu, harga akan ditawarkan seperti biasa iaitu RM999.