Close

realme C3 rasmi di Malaysia dengan harga RM499 – Fon gaming paling berkuasa untuk kelas permulaan

realme hari ini telah melancarkan peranti kelas permulaan terbaharu mereka iaitu realme C3 bagi menggantikan realme C2 yang hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio G70, memori 3GB RAM dan 32GB storan.

Dari segi spesifikasi, realme C3 dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh, pengecasan jenis mikro USB 10W, skrin LCD bersaiz 6.52-inci, pengimbas cap jari di bahagian belakang, pembesar suara mono, tri-kamera 12MP + 2MP + 2MP dan 5MP swafoto.

realme C3 ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Biru dan Merah dengan harga RM499 (3GB + 32GB). Selain itu, realme juga turut menawarkan penambahan 6 bulan waranti untuk pembeli terawal yang bermula pada 3 Mac 6.00 petang secara ekslusif di Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN