Close

Redmi K30 Pro akan hadir dengan kamera 64MP Sony IMX 686, rakaman video 8K dan dwi OIS

Redmi K30 Pro adalah peranti kelas atasan yang akan diperkenalkan pada 24 Mac ini. Dalam masa yang sama, Redmi turut mendedahkan beberapa fungsi menarik yang akan hadir pada peranti ini. Malah rekaan juga telah diedahkan.

Untuk spesifikasi, Redmi K30 Pro akan dijana dengan Snapdragon 865, rangkaian 5G, memori LPDDR5 RAM, storan jenis UFS 3.1, paparan skrin AMOLED yang menyokong HDR 10+, kamera swafoto jenis pop-naik dan motor getaran yang dipertingkat.

Pada bahagian lain, peranti ini akan dilengkapi dengan 4 kamera yang berbentuk bulat dan akan menggunakan sensor 64MP Sony IMX 686 sebagai kamera utama dan mampu merakam video 8K pada resolusi 7680 x 4320.

Selain itu juga, fungsi kamera pada peranti ini turut mempunyai dwi OIS untuk kestabilan sewaktu merakam video agar tidak terlalu bergegar. Manakala kamera telefoto juga berupaya untuk 3x optikal zum dan 30x digital zum.

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa peranti ini tidak akan hadir dengan paparan segar semula 90Hz atau 120Hz, sebaliknya akan hadir dengan paparan 60Hz sahaja. Atau mungkin ia akan ditawarkan untuk versi lain. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN