Close

Redmi K30 Pro dan K30 Pro Zoom rasmi dilancarkan – Harga permulaan sekitar RM1,882

Redmi K30 Pro dan Redmi K30 Pro Zoom hari ini baru sahaja dilancarkan dan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, modem X55 untuk rangkaian 5G, pilihan memori 6GB atau 8GB RAM, storan 128GB atau 256GB dengan UFS 3.1.

Pada bahagian hadapan, Redmi K30 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci FHD+, namun tiada paparan segar semula 90Hz atau 120Hz, hanya 60Hz sahaja. Selain itu, ia juga menggunakan kamera swafoto pop-naik 20MP dan pengimbas cap jari di skrin.

Manakala untuk bahagian kamera, K30 Pro dilengkapi dengan empat kamera 64MP Sony IMX686 (OIS), 13MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan 2MP bokeh. Manakala untuk K30 Pro Zoom, turut hadir dengan 64MP kamera utama, 13MP sudut ultra lebar, 5MP makro dan perbezaan 8MP telefoto yang berupaya 30x kali digital zum dan 3x kali hybrid zum.

Kedua-dua varian ini juga mampu merakam video 8K, dibekalkan dengan bateri sebesar 4700mAh, pengecasan pantas 33W, penaiktarafan motor getaran hybrid, sambungan WiFi 6, dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Harga jualan mengikut tukaran wang asing semasa :

K30 Pro

  • 6GB + 128GB = CNY 2,999 (RM1,882)
  • 8GB + 128GB = CNY 3,299 (RM2,070)
  • 8GB + 256GB = CNY 3,599 (RM2,260)
K30 Pro Zoom
  • 6GB + 128GB = CNY 3,799 (RM2,382)
  • 8GB + 256GB = CNY 3,999 (RM2,508)

ARTIKEL BERKAITAN