Close

Rekaan Huawei P40 Pro tertiris – 5 kamera utama dan skrin melengkung

Siri Huawei P40 dijangka akan dilancarkan pada 26 Mac ini di Paris, Perancis. Kini terdapat imej dari jenama pelindung kerangka yang menunjukkan rekaan sebenar Huawei P40 Pro. Dilaporkan pelindung kerangka ini sedang dalam proses pengeluaran.

Pada bahagian belakang, dapat dilihat ia akan menggunakan 5 kamera utama yang mempunyai rekaan berbentuk petak seakan kamera Samsung Galaxy S20 Ultra dan menggunakan paparan skrin jenis melengkung bersama dwi-kamera takuk yang berlubang.

Kelihatan juga butang kuasa dan butang pembesar suara pada bahagian kanan. Menurut ura-ura, Huawei P40 Pro akan dijana dengan cip pemproses Kirin 990 bersama rangkaian 5G, tiada perkhidmatan Google tersedia dan kamera utama 64MP.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN