Close

Rekaan rasmi Huawei P40 dan P40 Pro tertiris

Siri Huawei P40 telah dijadualkan pelancarannya pada 26 Mac ini yang akan hadir dengan beberapa pilihan varian termasuk P40 dan P40 Pro. Siri kali ini akan dijana dengan cip pemproses Kirin 990 yang menyokong rangkaian 5G.

Huawei P40 Pro (Silver)

Dalam masa yang sama, hari ini terdapat imej yang dikhabarkan adalah rekaan rasmi untuk Huawei P40 dan Huawei P40 Pro. Dari segi rekaan kedua-dua varian, bahagian hadapan mempunyai paparan skrin melengkung dan mengenakan dwi-kamera berlubang seakan Samsung Galaxy S10+.

Huawei P40 (Black)

Manakala pada bahagian belakang, ia mempunyai rekaan kamera petak seakan kamera Samsung Galaxy S20 Ultra. P40 dilihat dilengkapi dengan tri-kamera, manakala P40 Pro dengan empat kamera. Terdapat juga 2 pilihan warna iaitu Hitam dan Kelabu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN