#RIPTwitter – Pengguna Twitter naik berang kerana mahukan fungsi 'Edit', bukan 'Fleets' - FUZZ.MY

Thursday, March 5, 2020

#RIPTwitter – Pengguna Twitter naik berang kerana mahukan fungsi 'Edit', bukan 'Fleets'


Hashtag #RIPTwitter menjadi trending sekarang kerana ketidakpuashatian pengguna Twitter terhadap fungsi baharu yang diperkenalkan iaitu Fleets yang seakan fungsi Stories di Instagram dan Facebook.

Fleets membolehkan anda muat naik rakaman video, tulisan dan gambar yang akan dipaparkan di bahagian atas sekali dan akan dipadam secara automatik selepas 24 jam. Fleets juga masih dalam tempoh ujian dan hanya tersedia di negara Brazil sahaja.




Ramai pengguna naik berang kerana mengharapkan fungsi sunting (edit) perkataan diperkenalkan. Kerana jika anda mencipta Tweet, ia tidak boleh disunting sama sekali. Hanya boleh padam dan buat Tweet baru.


Sebaliknya, Twitter perkenalkan fungsi Fleets yang dianggap meniru Snapchat, Instagram dan Facebook. Ada juga yang memerli bahawa Twitter daripada Facebook. Menjadikan Twitter tidak begitu ekslusif.