Close

Samsung Galaxy S20 Ultra kena tapau dengan iPhone 11 Pro Max dan Huawei Mate 30 Pro

MrWhoseTheBoss adalah YouTuber yang tidak asing lagi dalam dunia gajet dan teknologi. Sebelum ini beliau banyak menguji ketahanan bateri dari model telefon kelas atasan untuk mengetahui selama mana peranti tersebut mampu bertahan dari segi penggunaan.

Kini beliau sekali lagi membuat ujian terhadap ketahanan bateri Huawei Mate 30 Pro (4500mAh), Samsung Galaxy S20 Ultra (5000mAh), iPhone 11 Pro Max (3969mAh), Samsung Galaxy Note 10+ (4300mAh), dan Google Pixel 4 XL (3700mAh).

Ujian yang dilakukan adalah berdasarkan penggunaan aplikasi yang biasa digunakan seperti Instagram, YouTube, permainan, Twitter dan pelbagai lagi. Hasilnya amat mengagumkan!

  1. Huawei Mate 30 Pro (8 Jam 46 Minit)
  2. iPhone 11 Pro Max (8 Jam 28 Minit)
  3. Samsung Galaxy Note 10+ (7 Jam 28 Minit)
  4. Samsung Galaxy S20 Ultra (7 Jam 2 Minit)
  5. Google Pixel 4 XL (6 Jam 26 Minit)
Berdasarkan ujian ini, terang-terang membuktikan bahawa kapasiti bateri bukan perkara paling utama untuk melihat ketahanan sesuatu peranti itu. Tapi, sistem operasi, cip pemprosesan, saiz skrin, resolusi paparan dan kadar segar semula (refresh rate) juga mempengaruhi ketahanan bateri.

ARTIKEL BERKAITAN