Close

Sony PS5 mungkin akan dijual dengan harga RM1,667

Sony bakal memperkenalkan permainan konsol terbaharu mereka, PlayStation 5 (PS5) tak lama lagi yang dikhabarkan akan hadir dengan 2 varian iaitu versi biasa dan versi Pro.

Kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa PS5 versi biasa akan dijual dengan harga sekitar $399 (~RM1,667), manakala PS5 Pro akan dijual dengan harga sekitar $499 (~RM2,085).

Dari segi spesifikasi, PS5 akan dilengkapi dengan cip pemproses dari AMD yang bersaiz 7nm, menyokong PCIe 4.0, dan mempunyai prestasi kad grafik yang lebih baik berbanding Xbox. PS5 Pro juga dikatakan mempunyai resolusi sehingga 8K, tapi tidak pada versi biasa.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN