Close

Spesifikasi iPhone 9 dan iPhone 9 Plus yang mungkin akan diperkenalkan kelak

Ura-ura tentang iPhone 9 dan iPhone 9 Plus hangat diperkatakan baru-baru ini. Tidak kurang juga tentang iPad Pro yang telahpun rasmi diperkenalkan secara mengejut oleh Apple di laman web rasmi mereka. Baca lanjut tentang iPad Pro 2020 di pautan ini. Berikut spesifikasi yang mungkin digunakan pada iPhone 9/Plus :


iPhone 9

  • Skrin LCD 4.7-inci
  • Satu Kamera 12MP
  • Touch ID
  • A13 Bionic
  • 3GB RAM
  • Pengecasan Tanpa Wayar
  • Menyokong Pengecasan 18W
  • Storan 64GB dan 128GB
  • Harga Jangkaan $399 (RM1,738)

iPhone 9 Plus

  • Skrin LCD 5.5-inci
  • Dwi-Kamera 12MP + 12MP
  • Touch ID
  • A13 Bionic
  • 3GB RAM
  • Pengecasan Tanpa Wayar
  • Menyokong Pengecasan 18W
  • Storan 64GB dan 128GB
  • Harga Jangkaan $499 (RM2,174)
Namun setakat ini tidak pasti berapa kapasiti bateri yang akan digunakan pada kedua-dua model ini. Menerusi spesifikasi, perbezaan antara iPhone 9 dan iPhone 9 Plus adalah dari segi saiz skrin, dwi-kamera dan kapasiti bateri (jangkaan).
Rekaan yang digunakan dikatakan sama seperti iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Jika iPad Pro diperkenalkan secara mengejut, iPhone 9 juga mungkin turut diperkenalkan seperti itu juga.
(Sumber 1, 2 / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN