Close

Tukar bateri iPhone, tapi masih tak elok? Ini sebabnya…

“Cas iPhone tapi tak masuk dan bateri tak naik. Tukar bateri pun sama.”

“Bateri kejap naik 100%, kejap turun 20% dan naik balik 80%. Tak stabil.”

Ini adalah antara simptom komponen papan induk (motherboard) yang digelar sebagai Charging IC bermasalah. Charging IC akan menjadi perantara diantara pengecasan dan bateri.

Juga bertindak sebagai cip yang mengawal arus elektrik yang ada pada sesebuah peranti. Punca berlakunya kerosakan Charging IC adalah disebabkan oleh :

  • Kerap main sambil cas
  • Guna kabel tidak berkualiti
  • Guna power adapter tidak berkualiti
  • Port pengecasan ada air masa tengah cas
  • Sudah sampai masanya untuk rosak (sudah lama)
Jika anda mendapati simptom ini pada iPhone anda, cepat-cepat dapatkan khidmat pakar baikpulih iPhone berdekatan. Untuk proses baikpulih, boleh terus hubungi Hype Gadgets (016 263 4973) dengan harga yang berpatutan.

ARTIKEL BERKAITAN