Fungsi stories bukan fungsi yang asing lagi di media sosial, lebih-lebih lagi di Snapchat, Facebook dan Instagram. Twitter juga tidak ketinggalan dengan fungsi stories mereka sendiri yang sedang diuji dan dinamakan sebagai Fleets.
Fleets seperti fungsi stories yang lain, akan dipaparkan dalam masa 24 jam sahaja. Buat masa ini fungsi Fleets hanya tersedia untuk diuji di Brazil sahaja. Namun ia bukan seperti Tweet. Anda tidak boleh suka atau RT, tapi boleh menghantar mesej terus ke DM dan emoji sahaja.
Twitter juga akan perkembangkan fungsi ini pada negara lain. Tapi tidak pasti bila ia akan dilepaskan untuk pengguna lain. Apa pun, sama-sama kita nantikan.