Close

Xiaomi Mi 10 Lite 5G hadir dengan Snapdragon 765G – Harga bermula sekitar RM1,686

Xiaomi baru sahaja mengumumkan peranti kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10 Lite 5G yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765G, sistem penyejukan LiquidCool, storan sehingga 128GB dengan UFS 2.1.

Pada bahagian lain, Mi 10 Lite 5G menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan rekaan bertakuk (waterdrop), memori LPDDRX RAM, empat kamera 48MP, swafoto 16MP dan bateri sebesar 4160mAh bersama pengecasan 20W.

Mi 10 Lite 5G mempunyai pilihan warna Putih, Kelabu dan Hijau yang akan mula dijual bermula awal bulan Mei ini dengan harga permulaan €349, iaitu sekitar RM1,686 jika mengikut tukaran wang asing semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN