Close

3 sebab kenapa anda perlu beli Samsung Galaxy Z Flip

Samsung Galaxy Z Flip adalah peranti dengan skrin boleh dilipat kedua dari Samsung yang kini telahpun dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga RM5,888. Jika anda masih berfikir-fikir sama ada ingin membelinya atau tidak, ini adalah 3 sebab kenapa anda perlu beli.

Pertama, Z Flip boleh dilipat dan menjadikannya lebih kecil dari kebanyakan peranti pintar yang ada di pasaran sekarang. Lebih mudah untuk anda membawanya kemana sahaja dan dimasukkan ke dalam poket kerana saiz yang kecil.

Kedua, rekaan yang digunakan pada Z Flip dilihat berinovasi kerana keupayaan skrin yang boleh dilipat tanpa merosakkan skrin. Anda juga boleh mengetahui jika terdapat notifikasi masuk melalui paparan skrin kecil di bahagian luar.

Ketiga, antara muka OneUI pada peranti ini mesra pengguna dan telah dicipta khas untuk penggunaan Z Flip. Anda boleh lakukan pelbagai tugas dalam satu masa, malah boleh swafoto atau jadikannya sebagai cermin seakan menggunakan bedak kosmetik.

ARTIKEL BERKAITAN