Close

Apple akan mengekalkan rekaan skrin bertakuk pada iPhone 12, tapi lebih kecil

Jon Prosser, seorang pakar dalam maklumat Apple yang tertiris telah kongsikan maklumat terbaru tentang iPhone 12 yang dilihat masih mengekalkan rekaan skrin bertakuk. Namun jika dilihat dari gambar yang dikongsikan, saiz takuk yang digunakan lebih kecil dari iPhone 11 Pro.

Malah, kedudukan pembesar suara juga telah diubah ke bahagian bingkai untuk menempatkan semua sensor seperti Proximity Sensor, Dot Projector, Flood Iluminator, Ambient Light Sensor, kamera infrared dan kamera swafoto pada bahagian takuk berikut.

Jika melihat dari ketepatan maklumat Jon Prosser, beliau pernah kongsikan tentang tarikh pelancaran, rekaan, dan spesifikasi iPhone SE (2020). Kebanyakannya adalah tepat. Jika apa yang dikongsikan ini tepat, nampaknya Apple masih lagi dengan pendirian mereka untuk mengekalkan skrin dengan rekaan bertakuk pada tahun 2020.

Dari segi rekaan, terdapat ura-ura mengatakan ia akan menggunakan rekaan seperti iPad Pro 2020 yang berkotak dengan saiz yang sedikit besar.

Manakala pada bahagian lain, iPhone 12 Pro dikhabarkan akan hadir dengan kuad-kamera dan penambahan sensor LiDAR seperti yang digunakan pada iPad Pro 2020. Jon Prosser juga turut menambah iPhone 12 masih tiada sokongan terhadap Apple Pencil.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN