Close

Apple Magic Keyboard kini boleh dibeli di Malaysia – Harga bermula RM1,349

Sebelum ini Apple telah mengumumkan iPad Pro 2020 yang terbaharu yang hadir dengan pilihan 11-inci dan 12.9-inci, turut dilengkapi dengan spesifikasi yang telah ditambahbaik seperti dwi-kamera 12MP + 10MP, A12Z Bionic, penambahan sensor LiDAR dan sebagainya.

Dalam masa yang sama Apple juga turut perkenalkan Magic Keyboard yang hadir dengan trackpad yang memberi pengalaman menggunakan papan kekunci yang lebih baik.

Juga terdapat lampu pada setiap butang kekunci pada Magic Keyboard kali ini dan yang paling menarik, ia mampu terapung dan diubah mengikut kesesuaian pengguna. Dengan Magic Keyboard terbaru ini, ia sekaligus menjadikan iPad Pro lebih menarik untuk digunakan.

Apple telah memberi makluman bahawa Magic Keyboard akan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan dengan harga RM1,349 untuk 11-inci dan RM1,549 untuk 12.9-inci. Untuk rujukan, Magic Keyboard menyokong model iPad Pro :

  • 11-inci : iPad Pro 11-inci Gen 1 & 2
  • 12.9-inci : iPad Pro 12.9-inci Gen 3 & 4
Pembelian boleh dilakukan melalui Apple Malaysia dan penghantaran percuma sekitar 2 – 4 hari bekerja. 

ARTIKEL BERKAITAN