Close

Apple memberi sumbangan COVID-19 melalui penjualan barangan PRODUCT(RED)

PRODUCT(RED) asalnya adalah penjenamaan untuk penjualan produk bersama jenama besar seperti Apple dan pelbagai lagi untuk membantu dalam menangani penyakit HIV dan AIDS. Pelbagai produk Apple yang dijual dengan jenama PRODUCT(RED) seperti iPhone dan aksesori.

Kini Apple telah mengumumkan penjualan PRODUCT(RED) untuk barangan Apple akan disumbangkan untuk bantuan dalam menangani wabak COVID-19 yang sedang di tahap yang amat membimbangkan di seluruh dunia.

Untuk rekod, statistik Amerika Syarikat paling tertinggi buat masa ini dengan bilangan jangkitan lebih 700,000 dan kematian lebih 30,000. Ia bukan satu perkara yang baik untuk penduduk AS, bahkan syarikat teknologi yang berpangkalan di AS.

( Beli Face Mask 3PLY di pautan ini )

ARTIKEL BERKAITAN