Close

Apple menghasilkan 1 juta pelindung muka untuk petugas barisan hadapan di Amerika Syarikat

CEO Apple, Tim Cook baru-baru ini telah mengumumkan untuk menghasilkan 1 juta pelindung muka untuk disumbangkan kepada barisan hadapan di Amerika Syarikat yang sedang bertungkus lumus melawan wabak COVID-19.

Jika mengikut statistik terkini, Amerika Syarikat adalah negara paling tertinggi untuk jangkitan COVID-19 dengan lebih 500,000 jangkitan dan lebih 18,000 kematian dicatatkan berbanding dengan negara eropah dan China setakat 11 April.

Pelindung muka yang dihasilkan oleh Apple ini menggunakan material plastik dan silikon yang dapat membantu petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19 di AS. Ia juga boleh ditetapkan mengikut kesesuaian saiz kepala.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN