Close

Apple mungkin akan perkenalkan iPhone SE Plus dengan skrin lebih besar dan A13 Bionic

Pada 15 April lalu, Apple telahpun melancarkan iPhone SE (2020) yang dijana dengan cip pemprosesan A13 Bionic, masih menggunakan Touch ID, skrin LCD bersaiz 4.7-inci, satu kamera 12MP dan pelbagai lagi dengan harga bermula RM1,999 untuk 64GB.

Kini menurut Jon Prosser, Apple mungkin akan memperkenalkan iPhone SE versi lebih besar iaitu iPhone SE Plus yang dijangkakan akan mempunyai rekaan seperti iPhone 8 Plus dengan skrin bersaiz 5.5-inci, pengimbas Touch ID, dwi-kamera 12MP dan juga dijana dengan A13 Bionic.

Sekaligus, ia akan menjadi iPhone bajet yang mempunyai prestasi yang baik dan skrin bersaiz yang lebih besar. Jika benar, jangkaan harga di Malaysia untuk 64GB mungkin sekitar RM2,399 ~ RM2,499. Apa pun ia sekadar ura-ura buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN