Close

Cara mendapatkan 1GB data percuma dari Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile sepanjang tempoh PKP

SKMM baru-baru ini telah mengumumkan pemberian 1GB data percuma pada semua rakyat Malaysia yang menggunakan telco Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile setiap hari bermula 1 April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat yang hanya boleh digunakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

1. Maxis – 1GB data percuma dari Maxis/Hotlink diberikan pada semua pengguna pascabayar dan prabayar, kecuali pengguna MaxisONE. Penebusan juga perlu dilakukan setiap hari melalui aplikasi yang tersedia seperti MyMaxis, MyMaxisBiz dan Hotlink RED.

2. Celcom – Penebusan yang sangat mudah, hanya perlu dail *118*1*1*2# untuk pengguna prabayar (prepaid) dan *118# untuk pengguna pascabayar (postpaid).

3. Digi – Untuk pengguna prabayar (prepaid), anda boleh mendail *128* 88# untuk penebusan 1GB data percuma. Selain itu, penebusan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi MyDigi di bahagian Box of Suprise.

4. U Mobile – Menawarkan 1GB data percuma pada pengguna prabayar, pascabayar dan broadband, kecuali pengguna WeChat Go. Untuk penebusan bagi prabayar, dail *118*6*7# dan untuk pascabayar, dail *118*7*6#. Perlu dilakukan sekali sahaja, selepas itu secara automatik anda akan terimanya setiap hari.

Selain itu, Tune Talk dan Unifi Mobile juga tidak ketinggalan menawarkan beberapa data percuma untuk pelanggan mereka. Antaranya :

Unifi Mobile – Hotspot 999GB Percuma

Data hotspot sehingga 999GB LTE untuk sebulan secara percuma buat semua pengguna unifi Mobile Postpaid dan unifi Mobile Biz Postpaid. Anda tidak perlu membuat apa-apa tebusan, kerana data hotspot ini automatik dimasukkan pada talian anda. Sah sehingga 14 April 2020.

Tune Talk – 1GB Data Percuma

Selain 4 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, Tune Talk juga tidak ketinggalan memberikan 1GB data percuma pada pelanggan mereka. Untuk penebusan, pastikan talian anda aktif, SMS Stay Home dan hantar ke 2222. 

ARTIKEL BERKAITAN