Close

Cara untuk mengeluarkan duit RM500 dari KWSP

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk membolehkan pencarum KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah untuk membuat pengeluaran duit sebanyak RM500 setiap bulan selama 12 bulan maksimum melalui akaun 2 jika permohonan layak.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April dan pengeluaran boleh dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Pengeluaran minimum RM50 dan maksium RM500 sahaja sebulan. Berikut adalah cara permohonan (boleh rujuk gambar ihsan dari Amir Farhan) :

1. Pergi ke laman web rasmi KWSP dan masukkan user ID dan password

2. Tekan option withdrawal

3. Tekan new application

4. Tekan pada withdrawal type

5. Pilih i-Lestari

6. Tekan (x) pada popup yang dipaparkan di bawah dan klik pada butang next

7. Masukkan amaun RM50 ~ RM500 di bahagian applied amount dan pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun bank anda

8. Kemaskini maklumat peribadi jika perlu di ruangan yang dipaparkan di bawah

9. Klik ( ✅) di check box dan klik request TAC

10. Dapatkan nombor TAC melalui SMS, masukkan di ruangan TAC dan tekan submit.

11. Permohononan anda siap!

Info lanjut, anda boleh pergi ke pautan ini.

(Sumber gambar : Amir Farhan)

ARTIKEL BERKAITAN