CEO Twitter menyumbangkan $1 billion untuk menangani wabak COVID-19 - FUZZ.MY

Wednesday, April 8, 2020

CEO Twitter menyumbangkan $1 billion untuk menangani wabak COVID-19


Jack Dorsey, CEO kepada Twitter dan Square (pembayaran digital) telah mengumumkan menerusi Twitter rasmi beliau untuk memberi sumbangan sebanyak $1 billion untuk menangani wabak COVID-19 yang di tahap yang membimbangkan di seluruh dunia


Sumbangan yang diberikan adalah kira-kira 28% dari pendapatan beliau sekitar $3.6 billion. Jack Dorsey juga adalah antara pelopor teknologi yang terkenal dan berpendapatan tinggi di AS disamping Mark Zuckerberg, Jeff Bezos, Bill Gates dan sebagainya.

Dorsey juga turut sumbangan ini memberi inspirasi pada orang di luar sana untuk lakukan perkara yang sama. Tambahnya, hidup terlalu pendek dan lakukan segalanya untuk membantu orang lain sekarang.