Close

Dron digunakan dalam menangani wabak COVID-19 di Malaysia – Memantau dan disinfeksi

Malaysia kini menggunakan teknologi dron untuk mengawal dan memantau pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berlangsung sehingga 14 April ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menariknya, dron yang digunakan mempunyai pembesar suara untuk memberi nasihat pada orang awam dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan siren amaran dan alat pengesan haba.

Tambahan lagi, dron juga turut digunakan untuk disinfeksi kawasan yang terpilih di sekitar ibu kota untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dengan kerjasama DBKL, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Flora.

Dron yang digunakan untuk disinfeksi dilengkapi dengan 8 muncung semburan, 20 minit masa penerbangan dan 16 liter disinfeksi.

(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN