Close

Facebook menambah fungsi ‘Quiet Mode’ yang akan senyapkan notifikasi masuk

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di Malaysia dan di negara-negara yang perlu berkurung, penggunaan media sosial pastinya akan melebihi dari kebiasaan, lebih-lebih lagi Facebook.

Dalam usaha mengurangkan penggunaan media sosial, menggalakkan anda lebih fokus pada keluarga dan rakan, memberi kuasa pada pengguna untuk menetapkan waktu melihat media sosial, tidur tanpa gangguan notifikasi, dan mengurus masa di rumah dengan betul, Facebook telah menambah fungsi ‘Quiet Mode’ di aplikasi Facebook.

Fungsi ini akan menyekat kebanyakan notifikasi dari Facebook yang masuk. Tapi masih kurang jelas tentang jenis notifikasi yang akan disekat. Anda juga boleh tetapkan waktu yang spesifik untuk aktifkan fungsi ini.

Buat masa ini ia hanya tersedia buat peranti iOS sahaja. Manakala peranti Android akan mendapat fungsi ini pada bulan Mei nanti.

ARTIKEL BERKAITAN