Samsung, satu jenama teknologi yang cukup terkenal di seluruh dunia. Bila sebut saja Samsung, pasti ramai akan teringat Smartphone dan TV. Tapi Samsung sebenarnya lebih dari itu, malah lebih dari alatan elektronik yang anda tahu. Ini adalah fakta 'mind blown' Samsung.
Samsung bukan sekadar mengeluarkan alatan elektronik. Malah, Samsung juga mempunyai syarikat binaan mereka tersendiri. Pasukan binaan Samsung juga yang telah membina menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa yang terletak di Dubai.
Bukan seperti Apple (asalnya syarikat menghasilkan komputer), tapi Samsung pada awalnya menghasilkan TV hitam putih pada tahun 1970. Ya, mereka bermula dalam penghasilan TV di Korea Selatan. Samsung bukan syarikat Jepun.
Pada tahun 1999, Samsung pernah menghasilkan jam tangan berasaskan fon (Samsung SPH-WP10) yang mempunyai rekaan agak besar. Membolehkan pengguna menghantar mesej dan membuat panggilan sehingga 90 minit melaluinya.
Menarik kan teknologi mereka dulu-dulu?
Selain dari alatan elektronik, Samsung juga mempunyai teknologi ketenteraan mereka sendiri dengan nama Samsung Techwin. Menghasilkan kenderaan ketenteraan seperti kereta kebal, senjata yang berteknologi tinggi, robot, jet fighter & pebagai lagi Ya, Samsung lebih dari jenama fon.
Mind blown kan Samsung punya kemajuan?
Bukan itu sahaja, Samsung juga ada syarikat perkapalan yang dinamakan sebagai Samsung Heavy Industries. Salah satu syarikat pembinaan kapal terbesar di dunia. Memfokuskan pada pembinaan, kejuruteraan, perolehan dan penghantaran.
Terkejut dengan kemajuan dan teknologi mereka? Jika maklumat ini bermanfaat, kongsikan pada rakan-rakan anda.