Close

Filem baru yang menarik anda boleh tonton di Netflix sewaktu musim PKP

Sewaktu musim PKP sekarang ni, mungkin anda sudah tepu dan bosan dengan pelbagai aktiviti yang terhad semasa duduk di dalam rumah. Mungkin juga ada diantara anda yang tak tahu nak tonton cerita apa dah di video penstriman atau televisyen. Oleh itu, saya kongsikan filem baru di Netflix yang menarik untuk anda tonton.


Time To Hunt

Filem dari Korea Selatan ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang merancang untuk merompak pusat perjudian walaupun salah seorang daripada mereka baru sahaja keluar dari penjara kerana merompak. Awalnya perancangan mereka berjalan dengan lancar.

Namun tak disangka-sangka, seorang pembunuh upahan yang kejam telah diupah untuk mencari perompak kedai perjudian tersebut dan bermulalah adegan yang sangat panik, cemas dan penuh dengan emosi.

Muzik latar, komposisi kamera dan cinematografi yang akan membuatkan anda berasa cemas dengan setiap adegan mereka.

Extraction (AS)

Membawa pelakon Thor dari Avengers, iaitu Chris Hemsworth sebagai nadi utama filem ini. Seorang askar upahan yang berani dalam segala cabaran dan tugas beliau untuk menyelamatkan seorang anak pengedar dadah di Dhaka, Bangladesh dari jatuh ke tangan penjahat.

Menariknya filem ini, ia sangat padat dengan aksi dari awal hingga akhir, permainan emosi dan lakonan yang sangat hebat dari Chris Hemsworth. Malah, anda juga akan perasan dalam beberapa mini aksi yang dipaparakan seakan tiada cut scene dan terus menerus, seakan filem 1917.

ARTIKEL BERKAITAN