Close

Google merancang untuk perkenalkan YouTube Shorts – Pesaing kepada TikTok

TikTok adalah satu aplikasi yang sedang banyak digunakan oleh umum masa kini, lebih-lebih lagi remaja yang menunjukkan bakat mereka dalam mencipta video pendek melalui aplikasi TikTok dan kreativiti yang unik.

Dalam masa yang sama, terdapat laporan dari sumber bahawa YouTube sedang merancang untuk perkenalkan ‘Shorts’ pada penghujung 2020. Yang akan menjadi pesaing kepada TikTok dan membolehkan pengguna mencipta, juga memuat naik video berdurasi pendek mereka seakan TikTok.

Fungsi muzik yang akan digunakan juga adalah muzik yang telah mendapat perlesenan Google untuk pengguna gunakannya dalam video pendek mereka. Menurut sumber.

Namun setakat ini YouTube tiada apa-apa komen mengenai spekulasi dan ura-ura ini. Jika benar, adakah YouTube Shorts mampu bersaing hebat dengan TikTok yang telah mencecah lebih 700 juta muat turun pada 2019? Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN