Close

Google Pixel 4a akan dilancarkan sekitar bulan Mei ini

Ura-ura tentang Google Pixel 4a sedang hangat diperkatakan waktu ini. Menurut maklumat yang tertiris, Pixel 4a akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730, paparan takuk berlubang, pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Dalam masa yang sama, terdapat gambar kotak jualan rasmi dan fon sebenar Pixel 4a yang telahpun tertiris di media sosial dengan rekaan seperti Google Pixel 4 dan sedikit perbezaan dari segi paparan.

Jika mengikut pelancaran Pixel 3a pada tahun lepas, ia diperkenalkan pada bulan Mei 2019 semasa acara khas Google I/O dan ura-ura kuat mengatakan bahawa Pixel 4a juga turut akan dilancarkan sekitar bulan Mei semasa acara khas Google I/O yang dijangka akan diadakan secara dalam talian sahaja memandangkan kita menghadapi situasi pandemik COVID-19 waktu ini.

ARTIKEL BERKAITAN