Close

Hadapi PKP dengan lebih produktif dan aktif bersama Samsung Galaxy

Malaysia sedang menghadapi situasi yang agak getir pada waktu ini dan membuatkan kerajaan memberi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada semua rakyat Malaysia. Pekerja juga turut terkesan sehingga terpaksa cuti dan duduk di rumah. Ada juga yang terpaksa bekerja untuk industri yang berkepentingan dan ada juga yang bekerja dari rumah.

Oleh itu, jika anda menggunakan peranti Samsung Galaxy, terdapat pelbagai alternatif yang anda boleh gunakan untuk lebih produktif ketika berada di rumah. Dari segi kerja, perhubungan, lebih aktif dan kesihatan.

Kelebihan peranti terbaru Samsung Galaxy adalah WiFi 6 yang membolehkan penyambungan fon dan WiFi yang lebih kuat dan 20% lebih laju dari sambungan WiFi biasa. Penstriman video dan muzik kini tiada sangkut-sangkut lagi.

Anda juga boleh gunakan aplikasi Samsung Health untuk memeriksa tahap kesihatan dan lebih aktif ketika berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bersenam, yoga, bermain dengan keluarga dan sebagainya.

Untuk panggilan video, peranti Samsung Galaxy juga turut tersedia dengan aplikasi khas iaitu Google Duo yang dapat menghubungkan rakan atau keluarga melalui panggilan video. Pastikan kita kekal aktif, sentiasa produktif dan jaga kesihatan mental, juga fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN