Close

Harga jualan OnePlus 8 Pro tertiris – Mencecah RM4,800

Pelancaran rasmi siri OnePlus 8 telah dijadualkan pada 14 April ini yang akan hadir dengan beberapa pilihan varian. Antaranya OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan dikhabarkan terdapat 1 lagi pilihan iaitu OnePlus Z.

OnePlus juga telah mengesahkan bahawa siri kali ini akan dijana dengan Snapdragon 865, semua model dengan rangkaian 5G, paparan 120Hz, pengecasan pantas tanpa wayar, memori LPDDR5, storan jenis UFS 3.0 dan pengesahan IP68 (kalis air dan habuk).

Dalam masa yang sama, terdapat laporan dari WinFuture yang telah tiriskan harga jualan siri OnePlus 8 dari penjual di Czech bersama beberapa pilihan warna. Berikut adalah harga jualan untuk OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro mengikut kadar tukaran wang asing semasa :

OnePlus 8

  • 8GB + 128 GB : €719 ~ €729 (~RM3,389 – RM3,436)
  • 12GB + 256 GB : €819 ~ €829 (RM3861 – RM3908)

OnePlus 8 Pro

  • 8GB + 128 GB : €919 ~ €929 (~RM4,332 – RM4,379)
  • 12GB + 256 GB : €1009 ~ €1019 (RM4,756 – RM4,803)
(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN