Close

Harga rasmi Black Shark 3 dan 3 Pro di Malaysia telah didedahkan – Harga mencecah RM4,199

Penjual tempatan, DirectD telah mendedahkan harga jualan rasmi Black Shark 3 dan 3 Pro di Malaysia. Menurut DirectD, ia adalah set rasmi Malaysia, bukan set China dengan pra-tempahan bermula 5 Mei 2020.

Black Shark 3 dijual dengan harga RM2,799 untuk 8GB + 128GB dan RM3,199 untuk 12GB + 128GB. Manakala untuk Black Shark 3 Pro dengan harga RM3,999 untuk 8GB + 256GB dan RM4,199 untuk 12GB + 256GB.

Black Shark 3

  • Skrin 6.67-inci
  • AMOLED FHD+
  • Paparan 90Hz
  • Bateri 4720mAh
  • Pengecasan 65W
  • Tri-kamera : 64MP + 13MP + 5MP
  • Swafoto 20MP
  • RAM sehingga 12GB
  • Storan sehingga 256GB
  • UFS 3.0
  • Sistem penyejukan
  • Butang pemicu fizikal
  • Android 10 (JOYUI 11)

Black Shark 3 Pro

  • Skrin 7.1-inci
  • AMOLED 2K+
  • Paparan 90Hz
  • Bateri 5000mAh
  • Pengecasan 65W
  • Tri-kamera : 64MP + 13MP + 5MP
  • Swafoto 20MP
  • RAM sehingga 12GB
  • Storan sehingga 256GB
  • UFS 3.0
  • Sistem penyejukan
  • Butang pemicu fizikal
  • Android 10 (JOYUI 11)
Adakah anda rasa berbaloi dengan harga dia?

ARTIKEL BERKAITAN