Close

Ikuti 5 langah penjagaan dan pemeriksaan kenderaan sewaktu PKP

Bagi kebanyakan pengguna kenderaan, lebih-lebih kereta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, pastinya kereta anda sudah lama tidak bergerak. Jika bergerak pun dalam kawasan yang terdekat sahaja.

Oleh itu, saya kongsikan 5 langkah yang anda boleh boleh lakukan untuk menjaga dan memeriksa kereta anda dan memastikan ia dalam keadaan baik yang disarankan oleh Proton.

1) Cecair : Periksa paras cecair minyak enjin, penyejuk enjin (radiator dan tangki simpanan), brek, stereng kuasa, dan pembersih cermin hadapan. Jika anda dapati ceciar berikut kurang, disarankan untuk tambah jika perlu.

2) Bateri : Antara nadi utama untuk menghidupkan kereta anda. Pastikan terminal bateri dipasang secara kemas dan tiada kesan karat pada penyambung. Digalakkan untuk hidupkan enjin selama 10 minit dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 hari sekali untuk mengekalkan pengecasan bateri.

3) Tayar : Periksa tekanan dan keadaan bebenang tayar. Pastikan tayar kereta anda berada dalam tekanan yang sewajarnya. Boleh periksa buku manual untuk memastikan tayar anda berada pada tekanan yang baik untuk digunakan.

4) Bilah pengelap : Pastikan pengelap cermin hadapan berfungsi dengan baik. Sekiranya anda mendapati terdapat bunyi atau masih ada air semasa digunakan, digalakkan untuk tukar jika perlu. Ia penting apabila anda memandu dalam hujan dan memastikan pandangan lebih jelas.

5) Lampur : Faktor yang penting sekiranya anda memandu waktu malam atau dalam hujan. Periksa dan pastikan semua lampu seperti lampu depan, belakang, lampu isyarat, lampu brek dan lampu kecemasan berfungsi dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN