iOS 13.5 beta : Buka iPhone dengan lebih pantas walaupun guna topeng muka - FUZZ.MY

Thursday, April 30, 2020

iOS 13.5 beta : Buka iPhone dengan lebih pantas walaupun guna topeng muka


Hari ini Apple telah melepaskan iOS 13.5 versi beta yang memberi kelebihan semasa situasi pandemik COVID-19 sekarang. Umum sedia maklum, satu perkara yang ralat semasa situasi ini adalah untuk membuka iPhone yang menggunakan Face ID sepenuhnya, kerana anda perlu membuka topeng muka atau sering gagal kerana guna topeng muka.


Menariknya, terdapat fungsi untuk anda membuka iPhone (untuk iPhone X dan ke atas) dengan lebih pantas berbanding Face ID biasa walaupun anda menggunakan topeng muka. Face ID akan mengesan topeng muka dan terus ke kod laluan tanpa menunggu proses Face ID.

Sekaligus ia memudahkan pengguna iPhone untuk membuka iPhone walaupun menggunakan topeng muka dalam tempoh PKP ini. Buat masa ini hanya versi beta sahaja yang tersedia khas buat pembangun. Untuk pengguna biasa, nantikan kemas kini terbaru mungkin dalam masa terdekat.