Pada bulan Mac lalu, Apple telah mendedahkan iPad Pro terbaru mereka secara mengejut di laman sesawang rasmi Apple tanpa membuat sebarang pelancaran. Kini, melalui laman sesawang rasmi Apple Malaysia, nampaknya iPad Pro 2020 sudah tersedia untuk dibeli di Malaysia.
Untuk anda yang menantikan Magic Keyboard terbaru, ia masih belum tersedia lagi buat pasaran Malaysia. Buat masa ini hanya iPad Pro 2020 (11-inci dan 12.9-inci) sahaja yang tersedia dengan 2 pilihan warna iaitu Space Gray dan Silver. Berikut harga jualan rasmi di Malaysia :
iPad Pro 11-inci (WiFi)
- 128GB - RM3,499
- 256GB - RM3,949
- 512GB - RM4,849
- 1TB - RM5,749
iPad Pro 12.9-inci (WiFi)
- 128GB - RM4,399
- 256GB - RM4,849
- 512GB - RM5,749
- 1TB - RM6,649
Maklumat lanjut untuk harga WiFi + Cellular di pautan ini.