Close

iPhone SE (2020) dilengkapi dengan bateri sebesar 1821mAh dan 3GB RAM

Apple baru sahaja mengumumkan iPhone SE generasi kedua yang mempunyai rekaan seperti iPhone 8 dengan penaiktarafan cip pemproses A13 Bionic, dwi-sim (nano + eSIM), WiFi 6, satu kamera 12MP dengan fungsi bokeh dan penarafan IP67.

Bahagian lain, ia juga menyokong pengecasan pantas 18W dan Apple mengatakan ia mampu mengecas 0% – 50% dalam masa 30 minit sahaja. Terkini, terdapat laporan menyatakan bahawa iPhone SE dibekalkan dengan bateri 1821mAh dan 3GB RAM.

Jika dilihat dari kapasiti bateri, agak kecil untuk fon tahun 2020. Apa pendapat anda?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN