Close

(Rasmi) iPhone SE 2020 telah dilancarkan – A13 Bionic, Touch ID dan skrin 4.7-inci dengan harga RM1,999

Ura-ura tentang iPhone 9 atau iPhone SE 2 akhirnya terjawab, Apple hari ini telah melancarkan iPhone SE 2020 (2nd gen) yang dijana dengan cip pemproses A13 Bionic seperti yang digunakan pada siri iPhone 11.

Pada bahagian spesifikasi, iPhone SE ini dilengkapi dengan Touch ID, skrin LCD bersaiz 4.7-inci dengan paparan Retina HD, rekaan seperti iPhone 8 dengan logo yang sudah dialihkan ke bahagian tengah, satu kamera 12MP yang mempunyai fungsi potret yang berfungsi pada manusia sahaja, seperti iPhone Xr.

Mempunyai pengesahan IP67 kalis air dan habuk, haptic touch pada paparan skrin, menyokong pengecasan tanpa wayar Qi Wireless dan pengecasan pantas USB-PD dengan Lightning USB.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Merah. Berikut harga yang ditawarkan mengikut tukaran wang asing semasa :

  • 64GB – $399 (RM1,999)
  • 128GB – $459 (RM2,199)
  • 256GB – $599 (RM2,699)
*Artikel telah dikemaskini

ARTIKEL BERKAITAN