Close

iPhone SE menggunakan modul kamera yang sama seperti iPhone 8

Sebelum ini terdapat perkongsian tentang penggunaan komponen iPhone 8 seperti skrin, bateri dan kerangka badan yang masih boleh digunakan pada iPhone SE (2020). Malah, papan induk iPhone 8 juga boleh dimuatkan pada kerangka iPhone SE.

Malah, terdapat juga ura-ura bahawa iPhone SE menggunakan modul kamera 12MP seperti iPhone Xr kerana mempunyai fungsi mengawal tahap bokeh (depth effect) pada kamera utama. Namun ia disebaliknya.

Kerana modul kamera pada iPhone SE adalah sama seperti iPhone 8 dan iFixit mendapati kemungkinan pemprosesan A13 Bionic yang membolehkan kamera iPhone SE memproses imej dan berfungsi seperti kamera iPhone Xr.

Jika lihat dengan teliti antara ketiga-tiga modul kamera berikut, kiri adalah iPhone SE, tengah adalah iPhone 8 dan kanan sekali adalah iPhone Xr. Anda boleh lihat rekaan dan saiz modul kamera iPhone SE dan iPhone 8 adalah sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN