Close

Kantoi! Huawei guna gambar dari kamera DSLR untuk mempromosikan P40 Pro

Bila sebut pasal jenama Huawei, mereka adalah penngluar peranti yang cukup terkenal dengan kamera yang bagus dan spesifikasi kelas premium. Baru-baru ini Huawei telah melancarkan siri terbaru mereka iaitu Huawei P40 dan P40 Pro.

Dalam pada itu, terdapat laporan bahawa Huawei terkantoi menggunakan hasil gambar dari kamera DSLR untuk mempromosikan Huawei P40 Pro. Perkara ini dilakukan oleh Huawei di China yang telah memuat naik video promosi berikut di laman Weibo.

Seorang pengguna Weibo mendapati gambar yang digunakan untuk promosi berikut dari platform perkongsian gambar 500px yang telah diambil menggunakan kamera Nikon D850 yang berharga lebih RM13,000. Gambar berikut sebenarnya dimiliki oleh Sue Tie.

Huawei juga dilaporkan telah meminta maaf dan memberi alasan bahawa ia adalah kesilapan dari editor mereka dan telah menyunting kembali video tersebut.

Walaupun tindakan ini dilihat sebagai kesilapan biasa, namun perkara sebegini juga pernah terjadi juga sebelum ini terhadap promosi Huawei P9 dan juga Huawei Nova 3 yang menggunakan hasil gambar dari kamera DSLR untuk mempromosikan peranti mereka.

Rasanya peranti Huawei dah cukup bagus untuk bahagian kamera dan tidak perlu menggunakan taktik sebegini untuk promosi. Harapnya kesilapan ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN